P I Z A

o o o
Assalamualaikum
⋆*✿ ❁ ❀*⋆


About Post Tag
LINKS - Beauty
credit

Skin by ; WANA ✎ 100% EDIT by PIZA


Kenangan dalam Bulan January. (Part 2 - Sekolah)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada Semua Umat Islam yang berada di dalam dunia ini. ( Dan juga dekat angkasa )

Sebelum nak mulakan tajuk ni, Ustazah Ati sudah pun berjaya menghiaskan kelas baru beliau. Lawa sangat kelas baru Ustazah sekarang ni. Pastu kelas itu juga ada ramai cikgu kesukaan saya ! Ya Allah untungnya mereka! Ini lah hasil hiasan kerjasama Ustazah dengan Anak murid ustazah.



Meriah sangat ~♡ Ustazah memang Awesome dalam bab hiasan ni ! Pelajar dalam kelas ni pun bagus2 orangnya. Alhamdulillah bagus lah kalau gitu. Hee. Tapi dengar cerita , diorg sama je dengan kita dulu tahun lepas. Ada juga lah klon masing2 bila ustazah mengajar mereka. Haha. Semoga kelas Ustazah akan mendapat Kelas nombor #1 lagi dalam pertandingan kelas. Hoho. Always Juara tau.
Okay, Kembali ke Tajuk besar. Kenangan di sekolah pula selain menghias kelas iaitu menolong cikgu kemas Bilik Seni. Cikgu seni kami meminta pelajar tahun lepas menolong cikgu kemas bilik seni. Kepada yang duduk kat rumah tak tau nak buat apa, baik tolong cikgu. Betul tak? So, Saya pun datang menolong. Mulanya Cikgu seni kami iaitu Cikgu Haslinda suruh siapkan hasil karya kami satu kelas dekat belakang bilik seni tu. Tapi hakikatnya kawan saya dah siap kan untuk kita satu kelas. Memang lawa sangat kawan saya lukis.



Menarik bukan ? Saya dekat sana just tolong apa yang patut je sebab diorang dah buat. Saya lukis gambar bunga je lah tapi tu pun tersembunyi. Hahaha. Tak apa lah. Asalkan ada juga hasil karya kat situ. Hoho. Ini lah mereka yang menghasilkan lukisan kat belakang bilik seni.





Ni diorang yang datang masa hari kedua. Hari pertama tak ambik gambar sebab budak ramai masuk bilik seni pastu balik awal.Yang Datang Hari pertama dengan saya ialah Fatin, Lukman dengan Waniey. Hari kedua pula dengan Waniey dan ikin shj. Diorang lah yang mengecat dekat gambar atas tu. Me just being like a Boss and travel around the art class. What a good boss i am! Masa diorang tengah busy mengecat , terjumpa hasil karya pelajar yang sekian lamanya. Sebab dah berhabuk dekat situ. Diorang memang kreatif sesangat ! Teringin nak jumpa dengan diorang pastu minta tunjuk ajar daripada diorang. Wow! What an interesting work people !






Kita orang rehat jap, fikirkan budak sekolah dah habis rehat sebab dah pukul 10am lebih. So kita orang pun turun bawah(Bilik seni tingkat 3) pergi kantin.Beli makanan, terharu tengok kantin dah lawa dah. Cuba ada juga lah yang lain, air milo sekarang rasa macam ada oat.Then tetiba ramai budak yang datang kat kantin. Kite org terkejut , kan dah habis rehat. Rupanya tadi budak form 3. Rehat buat dua kali. Tahun lepas tak macam ni pun tau sejak ada pengetua baru dah lain. Kitorg just duduk je meja dekat dgn kantin tu. Tengok budak2 tu beli makanan, mkn. Bangga lah kita dulu bekas senior kat sekolah tu. Hohoho. Duduk mcm bos dekat kantin tu.Pastu kitorg flashback. Dulu kitorg suka rehat mkn kt belakang sekolah. Pengetua baru ni je tak kasi. Kalau boleh dia nak semua pelajar rehat kat kantin walaupun tak cukup meja. Kongsi je meja dengan orang lain. Bagus juga macam tu. Ada juga berbual dengan budak2 yg form 4/5 tu. Haha. Pastu beli pau. Terjumpa dengan cikgu Ramdan. Cikgu displin kita tapi dia pernah mengajar kita BI. Berbual kejap je dengan cikgu pastu sambung balik buat kerja kat Bilik Seni tu.

Sebelum balik , terjumpa ramai juga lah cikgu yang mengajar kiteorg dulu. Tegur dah macam member. Maafkan saya ye cikgu sebab bersikap biadap tapi cikgu-cikgu yang lama dah kenal macam mana saya. So yeah, memang gitu lah cara saya menegur orang. Layan semua orang macam member. Waniey dengan Ikin dah balik sebelum pukul 1pm. Diorang naik motor, balik cepat lah. Saya pula saja nak stay lama2 sebab ingatkan nak balik sama dengan adik yang sekolah pagi. Tengah tunggu dekat bus stop dalam sekolah , tengok budak-budak sekolah petang macam budak sekolah tadika sebab pendek. Hahaha. Tapi comel. Tengah tunggu tu, tetiba Cikgu kaunseling datang , marah dekat budak yang tengah lepak kat bus stop. Haha. Cikgu still tak berubah. Pastu Saya pun tegur cikgu, beri salam. Cikgu pula hairan lalu bertanya kepada saya.

Cikgu : Ehh, Sekolah Pagi kan? Form 3 kan?
Saya : *Tersengih* Hmm tak cikgu. Saya dah habis sekolah. 
Cikgu : Laa dah habis sekolah rupanya?! 
Saya : ye cikgu. Saya dah habis sekolah dah. -w-
Cikgu : Pelajar tahun lepas lah ni?!
Saya : Yee cikgu.
Cikgu : Astaghfirullah alazim. Cepat betul masa berlalu. Ingatkan baru semalam saya jumpa awak dekat kelas.
Saya : Kan cikgu.
Cikgu : *Ketawa seseorang pastu pergi dewan*


Cikgu pernah datang kelas saya masa form 3 sebab kelas saya masa tu kelas yang paling bermasalah dengan perangai pelik kiteorang. Itu lah kali pertama kita bertemu dan jarang berjumpa. Kalau berjumpa pun just beri salam pastu jalan. Cikgu ni the most sporting teacher saya pernah jumpa. Dia suka cakap bahasa cina dengan india kalau jumpa budak cina or india. Ramai pelajar yang suka kat cikgu tu. Cikgu ada tutup pintu gate belakang tau. Pastu ada budak ini dia lambat datang. Dia datang buka gate belakang then biarkan terbuka mcm tu je. Saya saja nak dengki diorang yang datang lambat. Saya tutup gate belakang, ramai yang tengok gate belakang tutup then terpaksa melangkah jauh untuk pergi gate depan. Hahahaha. Kalau hari tu sempat ambil gambar kan bagus. Tapi just sempat updated moment je. Punya lah lambat tunggu adik kesayangan. Tetiba ada budak pagi ni terjerit-jerit. Masa tu nak tercabut jantung. Kalau jerit sekali tak apa juga. Dia boleh pula jerit maki kat belakang saya. Geram je tengok. Pastu dia blah. Nasib baik dah pergi kalau tak , kena pelempang free tak pasal-pasal. Call my mom sebab nak balik awal. Tapi my mom kata tunggu nanti my brother datang ambil. Masa tu dah ada kat luar sekolah dah, baru terfikir nak balik jalan kaki. Last2 tak jadi. Hahaha, patah balik pergi sekolah. Pastu Pak cik bus, Wak namanya tegur. Terkejut juga lah tetiba pandang lain macam. Hahaa. Sementara tunggu abang datang, pergi kantin jap. Beli makanan dengan minuman untuk alas perut.

(Bersambung di Kenangan Bulan January part 3)

Post a Comment

Thursday, 29 January 2015 ,23:29

Older Post | Newer Post