P I Z A

o o o
Assalamualaikum
⋆*✿ ❁ ❀*⋆


About Post Tag
LINKS - Beauty
credit

Skin by ; WANA ✎ 100% EDIT by PIZA


Jika seseorang muncul dalam mimpi kita

Assalamualaikum semua and hallo :)

Dari dulu selalu perasan ada Quote daripada ustaz ini kat FB. 

Apabila seseorang muncul dalam mimpi anda, bermakna dia sedang merindui anda ...
-Ustaz Don Daniyal-

(Layari Portal Berita Mynewshub)

Haha Kekadang fikir tu lawak. Sebab tak betul. Pastu jumpa satu blog yang berkaitan dengan kenyataan yang diyatakan di atas. Yang saya fikir 100% sama apa yang difikirkan oleh diri saya sendiri.

( Source / Original Blog from here ! )

Beliau pun berkata:

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul.
Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu
Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbitkan dalam database yang disebutkan ni untuk dibuka kepada review dan kritikan.

"Fakta" yang dikeluarkan oleh mereka yang tiada ilmu sama macam budak mengaku bapanya Superman

Psikologi ialah satu bidang yang mengkaji cara manusia berfikir melalui pendekatan sains. At least, itulah apa yang saya belajar selama beberapa tahun menuntut di universiti. Bila ada orang yang mengatakan bahawa sesuatu itu fakta psikologi, dia terlebih dahulu kena menyokong hujah dia dengan kajian dan statistik sebab begitulah cara sesuatu kajian tu dibentangkan. Tapi bila ada seseorang yang mengatakan psikologi tu macam ni dan macam tu, keluarkan pula kenyataan pelik seperti tajuk blog kali ni, saya hanya boleh menulis blog untuk menangkis tuduhan tersebut. Sebabnya tak ramai yang berminat sebarkan fakta sebenar dan lebih ramai yang sukakan idea mengarut tersebut. Orang yang mengeluarkan "fakta" psikologi ni sebenarnya tak tahu pun siapa tu Sigmund Freud dan Carl Jung.
Dan bila saya cuba bercakap tentang isu ni di luar, ada suara mengatakan "betul lah benda ni fakta psikologi. Kat internet banyak ada tunjuk fakta ni". Eloklah tu, percaya semua benda di Tumblr, Twitter, Facebook...

Kenapa benda ni mengarut? Tolong jawab soalan ni untuk saya. Saya pernah mimpi pasal Katy Perry adakah tu bermakna dia rindukan saya? Logik yang ringkas ni dah cukup rasanya untuk menangkis kenyataan mengarut dalam posting kali ni. Selain Katy Perry saya juga pernah mimpikan Siti Nurhaliza. Sumpah tak tipu.

Adakah bermakna Siti Nurhaliza dan Katy Perry rindukan saya? Obviously tidak, dan mereka tak tahu pun kewujudan saya. Mereka yang percaya kenyataan ni adalah mereka yang senang kena tipu dan mudah percaya pada benda-benda di internet. Antara golongan yang saya selalu nampak post "fakta psikologi" di Twitter ialah remaja dan golongan belia awal 20-an, dan perempuan.

Tapi boleh jadi juga pernyataan ni mungkin boleh jadi betul, kalau proses mimpi dan rindu ni berlaku antara dua orang kembar monozygote. Masih belum ada kajian yang saya tahu ada buat tentang kenyataan tadi. Kalau ada, tolong beritahu

Jadi, mimpi ni apa sebenarnya? Menurut Carl Jung, mimpi ni ialah satu minda di bawah sedar kita. Apa yang kita mimpi sebenarnya sentiasa merujuk balik kepada diri kita dan pengalaman, tapi dalam bentuk yang lebih abstrak. Menurut beliau lagi dalam buku bertajuk Memories, Dreams, Reflections (1963), mimpi ni kita bukan kena lihat pada subjek atau orang yang kita mimpikan sahaja tapi kena tengok juga pada konteks mimpi dan cerita keseluruhannya. Dalam kata lain, mimpi ni adalah pasal individu, pasal diri kita sendiri dan langsung tiada kaitan dengan kognitif orang yang mungkin tak tahu pun kewujudan kita.

Antara fakta psikologi lain tentang mimpi yang ditunjukkan oleh kajian ialah:

1- Dalam 5 minit lepas bangun tidur, 50% daripada mimpi kita akan dilupakan. 95% hilang selepas 10 minit.
2- Mimpi merupakan jalan cerita yang tak tersusun
3- Orang buta pun bermimpi

Jadi kesimpulannya dalam entri kali ni, tak payah percaya sangat dengan "fakta" merepek dalam zaman siber ni. Kalau nak percaya, tanya dulu pada akaun twitter @psikoologi atau pun emailkan padapsych.malaysia@gmail.com
--------------------------------------------------------------------
Rujukan: Jung, C. G. (1963). Dreams, Memories, Reflections: Revised Edition. è


INCOMING search term:
mimpi orang yang kita suka
mimpi seseorang
maksud mimpi seseorang
maksud mimpikan seseorang
mimpi seseorang yang kita rindu
kenapa mimpi orang yang sama
fakta selalu ingat akan seseorang
mimpi orang yang kita suka

Post a Comment

Sunday, 1 February 2015 ,20:40

Older Post | Newer Post